Monday, January 27, 2014
KEWAJIPAN BELAJAR DAN MENGAJARKAN ILMU AGAMA
Imam Al-Ghazali dalam bukunya Menimbang Amalan Dan Meraih Kejayaan Akhirat:
Bagi pelajar ilmu-ilmu kaedah, hendaknya menghindari perdebatan seputar masalah-masalah perbezaan pendapat dan teori-teori yang sukar dibezakan dan justeru membingungkan, sebelum menguasai kaedah-kaedah keilmuan. Hal ini mengingat masalah tersebut akan mengalihkan perhatian utamanya dari asas-asas keilmuan dan pencarian hakikat kebenaran, sebagaimana telah kami sebutkan di dalam kitab Mi’yurul ilmi. Sehingga Allah S.W.T melarang seseorang yang belum kuat pemahaman keislamannya untuk berinteraksi dengan orang-orang kafir. Misalnya larangan berinteraksi kerana belum mengetahui sebab diharamkannya memakan daging babi, padahal kebanyakan makanan orang-orang kafir adalah daging babi. Maka orang-orang yang masih awam tentang Islam hendaklah tidak bergaul dengan orang-orang yang suka mengumbar nafsu. Sedangkan orang yang pengetahuan keislamannya cukup mendalam tidak dilarang, sebaliknya, dianjurkan membahas teori-teori yang sulit difahami sembari mematahkan hujah mereka. Namun tidak bererti, kewajipan ini berbeza antara orang yang Islamnya kuat dan yang Islamnya lemah. Beberapa guru sufi mengatakan: “Awalnya orang-orang berkata bahawa aku benar, namun selanjutnya (akhirnya ) mereka menganggapku zindiq (menyimpang dari agama). “ Maksudnya, permulaan merupakan saat-saat yang penuh dengan mujahadah, latihan-latihan dan memperbanyak ibadah lahir, yang semuanya nampak oleh mata, sementara masa-masa terakhir lebih menekankan aktiviti batin, dengan mengoptimalkan mata batin dan mengurangi aktiviti-aktiviti lahir. Dari sinilah prasangka pelecehan terhadap ibadah lahir muncul. Sungguh sebuah kekeliruan. Padahal semua itu merupakan pemusatan untuk mencapai esensi ibadah dan hakikatnya, tetapi sayang, mata kelelawar-kelelawar itu terlanjur tidak mampu melihat cahaya matahari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment