Wednesday, July 26, 2023

Perbezaan tulisan al quran rasm uthmani dengan rasm imla'i

 


Daripada buku bertajuk Tajwid Al-Qur'an Rasm 'Uthmani oleh Haji 'Abdul Qadir Leong (Al-Azhari)

Friday, June 9, 2023

Latihan khat

 


Latihan untuk silibus upkk


Latihan untuk silibus upkk


Latihan ketika pdpr


Latihan ketika pdpr


Latihan untuk silibus upkk

Monday, February 13, 2023

Resepi ringkas puding jagung

 


Bahan-bahan puding kastard jagung:

  • 1 tin (425 gm) Jagung
  • 1 1/2 cawan Susu Cair
  • 3/4 cawan Gula
  • 2 cawan Air (bergantung pada selera dan bentuk puding yang dikehendaki samada ingin lebih lembut atau keras).
  • 1 cawan Tepung Kastard

Cara-cara membuat puding kastard jagung:

  1. Campurkan semua bahan di dalam periuk atau kuali (jagung dicampur sedikit lambat selepas bahan-bahan lain yang dah sebati yang dimasak menggelegak). Kacau sebati kesemua bahan selepas dipasangkan api.
  2. Kemudian, masak puding dengan api perlahan. Kacau sentiasa sehingga pekat dan berkilat.
  3. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Tips:

  • Sentiasa kacau adunan semasa memasak supaya adunan rata dan tidak berketul.
  • Masak sehingga betul-betul likat dan pekat menggunakan api yang perlahan supaya adunan tidak mudah hangus.
  • Sukat semua bahan dengan menggunakan cawan yang sama.
  • Pastikan puding betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan yang cantik dan kemas.


Monday, August 29, 2022

Antara pengajaran berserta dalil dari Surah al humazah

 Salah seorang bijak pandai mengatakan bahawa orang yang mencari cari kesalahan orang lain sama halnya dengan lalat, tidak hinggap kecuali pada luka.

(rujukan dari buku Jangan Bersedih, Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan oleh dr. 'Aidh Bin Abdullah Al Qarni, diterjemah oleh Noraine Abu terbitan Al Hidayah cetakan ke 7 tahun 2010). 


https://youtu.be/tv_zP1t4hH




Monday, January 31, 2022

Nota sirah Kafa darjah 4: Perjanjian Hudaibiyah

 1) Perjanjian damai antara Rasulullah s.a.w. dengan musyrikin Makkah pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 hijrah di Hudaibiyah yang terletak berdekatan kota Makkah.

2) Rasullah s.a.w. bermimpi memasuki kota Makkah dengan aman dan bercukur kepala setelah 6 tahun dilarang memasuki Makkah. 

3) Nabi Muhammad s.a.w. bersama 1500 orang sahabat bergerak ke Makkah tanpa membawa senjata kecuali senjata bagi pengembara dan pedang yang bersarung. 

4) Ketika sampai di Hudaibiyah, Nabi telah didatangi lelaki dari Bani Khuza'ah bertanyakan apa tujuan kedatangannya dan Nabi Muhammad s.a.w memberitahu tujuannya adalah untuk menziarahi Baitullah dan mengerjakan umrah. Rundingan telah diadakan, kaum musyrikin telah menghantar Urwah B. Mas'ud, Rasulullah s.a.w. pula menghantar Uthman B. Affan tetapi telah ditangkap selama 3 hari dan tersebar berita tentang kematiannya. Mendengar berita itu, Rasulullah s.a.w. mengajak orang Islam berjihad, mereka berbai'ah dibawah sepohon pokok berjanji akan berjuang. Bai'ah ini dinamakan Bai'atur Ridwan. 

5) Perjanjian Hudaibiyah tercapai: 

* Mendengar berita bai'ah tersebut, musyrikin berasa takut dan membebaskan Uthman B. Affan. 

* Musyrikin Makkah telah menghantar Suhail B. Amru berunding dengan Rasulullah s.a.w., akhirnya termeterai Perjanjian Hudaidiyah

* Tetapi ramai sahabat tidak dapat menerima termasuk Saidina Umar kerana isi perjanjian tersebut memihak kepada musyrikin Makkah. 



* Ternyata perjanjian ini memberi faedah yang besar  kepada orang Islam. 


6) Kandungan Perjanjian Hudaibiyah: 

* Gencatan senjata 10 tahun. 

* Orang Islam tidak dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun tersebut. Mereka dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun berikutnya. 

* Kedua-dua pihak dibenarkan membuat perjanjian dengan pihak yang disukai

* Orang Quraisy yang lari ke Madinah tanpa izin wali hendaklah dihantar semula ke Makkah walaupun telah memeluk Islam. Orang Islam yang lari ke Makkah tidak akan dipulangkan ke Madinah. 

7) Kesan Perjanjian Hudaibiyah: 

* Musyrikin Quraisy Makkah telah mengiktiraf Rasulullah s.a.w. dan negara Islam Madinah. 

* Semua pihak yang khianat akan diusir dari Madinah. 

* Dakwah Islam dapat disebarkan dengan meluas.

* Membawa kepada dasar buka pintu orang Islam Madinah.