1) Perjanjian damai antara Rasulullah s.a.w. dengan musyrikin Makkah pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 hijrah di Hudaibiyah yang terletak berdekatan kota Makkah.
2) Rasullah s.a.w. bermimpi memasuki kota Makkah dengan aman dan bercukur kepala setelah 6 tahun dilarang memasuki Makkah.
3) Nabi Muhammad s.a.w. bersama 1500 orang sahabat bergerak ke Makkah tanpa membawa senjata kecuali senjata bagi pengembara dan pedang yang bersarung.
4) Ketika sampai di Hudaibiyah, Nabi telah didatangi lelaki dari Bani Khuza'ah bertanyakan apa tujuan kedatangannya dan Nabi Muhammad s.a.w memberitahu tujuannya adalah untuk menziarahi Baitullah dan mengerjakan umrah. Rundingan telah diadakan, kaum musyrikin telah menghantar Urwah B. Mas'ud, Rasulullah s.a.w. pula menghantar Uthman B. Affan tetapi telah ditangkap selama 3 hari dan tersebar berita tentang kematiannya. Mendengar berita itu, Rasulullah s.a.w. mengajak orang Islam berjihad, mereka berbai'ah dibawah sepohon pokok berjanji akan berjuang. Bai'ah ini dinamakan Bai'atur Ridwan.
5) Perjanjian Hudaibiyah tercapai:
* Mendengar berita bai'ah tersebut, musyrikin berasa takut dan membebaskan Uthman B. Affan.
* Musyrikin Makkah telah menghantar Suhail B. Amru berunding dengan Rasulullah s.a.w., akhirnya termeterai Perjanjian Hudaidiyah
* Tetapi ramai sahabat tidak dapat menerima termasuk Saidina Umar kerana isi perjanjian tersebut memihak kepada musyrikin Makkah.
* Ternyata perjanjian ini memberi faedah yang besar kepada orang Islam.
6) Kandungan Perjanjian Hudaibiyah:
* Gencatan senjata 10 tahun.
* Orang Islam tidak dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun tersebut. Mereka dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun berikutnya.
* Kedua-dua pihak dibenarkan membuat perjanjian dengan pihak yang disukai
* Orang Quraisy yang lari ke Madinah tanpa izin wali hendaklah dihantar semula ke Makkah walaupun telah memeluk Islam. Orang Islam yang lari ke Makkah tidak akan dipulangkan ke Madinah.
7) Kesan Perjanjian Hudaibiyah:
* Musyrikin Quraisy Makkah telah mengiktiraf Rasulullah s.a.w. dan negara Islam Madinah.
* Semua pihak yang khianat akan diusir dari Madinah.
* Dakwah Islam dapat disebarkan dengan meluas.
* Membawa kepada dasar buka pintu orang Islam Madinah.
No comments:
Post a Comment