Bahan-bahan puding kastard jagung:
- 1 tin (425 gm) Jagung
- 1 1/2 cawan Susu Cair
- 3/4 cawan Gula
- 2 cawan Air (bergantung pada selera dan bentuk puding yang dikehendaki samada ingin lebih lembut atau keras).
- 1 cawan Tepung Kastard
Cara-cara membuat puding kastard jagung:
- Campurkan semua bahan di dalam periuk atau kuali (jagung dicampur sedikit lambat selepas bahan-bahan lain yang dah sebati yang dimasak menggelegak). Kacau sebati kesemua bahan selepas dipasangkan api.
- Kemudian, masak puding dengan api perlahan. Kacau sentiasa sehingga pekat dan berkilat.
- Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.
Tips:
- Sentiasa kacau adunan semasa memasak supaya adunan rata dan tidak berketul.
- Masak sehingga betul-betul likat dan pekat menggunakan api yang perlahan supaya adunan tidak mudah hangus.
- Sukat semua bahan dengan menggunakan cawan yang sama.
- Pastikan puding betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan yang cantik dan kemas.
No comments:
Post a Comment