Peringkat-Peringkat Jiwa Dan Keagungan Hawa Nafsu:
Dalam upaya mengekang hawa nafsu, manusia terbahagi kepada beberapa kategori antaranya:
Manusia yang dikalahkan dan dikuasai oleh hawa nafsu sehingga ia tidak mampu melawannya. Begitulah keadaan kebanyakan manusia. Allah S.W.T berfirman:
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya."
(Surah al-Jatsiyah: 23)
Kerana hakikat Tuhan hanya untuk disembah, dan yang disembah adalah Zat yang dipatuhi segala perintahNya, maka orang yang dalam segala hal selalu mengikuti kemahuan nafsu dan keinginan hatinya, hakikatnya telah menjadikan keduanya sebagai tuhannya.
Berlaku pertempuran sengit antara jiwa manusia dengan hawa nafsu. Suatu saat jiwa yang menang dan di saat yang lain hawa nafsu mengalahkannya. Orang yang demikian disebut mujahid, yang apabila dalam keadaan ini ajal menjemputnya, maka ia tergolong syuhada'. Begitulah maksud sabda Nabi S.A.W:
"Setiap manusia memiliki syaitan, dan Allah telah menolongku untuk melawan syaitanku sehingga aku dapat menguasainya."
Nabi S.A.W juga bersabda tentang Umar R.A:
"Apabila Umar berjalan melewati jalan antara dua bukit, maka syaitan akan berjalan melewati jalan yang lain (kerana takut kepada Umar). "
Betapa banyak manusia yang menyangka bahawa dirinya telah memperolehi darjat ini, padahal mereka sebenarnya tidak lebih baik dari syaitan yang derhaka, kerana mereka mengikuti semua keinginan hatinya. Namun mereka berdalih bahawa memperturutkan keinginan merupakan tuntutan agama, sehingga mereka mengikutinya dengan alasan mentaati anjuran agama. Di sini kita melihat sekelompok orang yang sibuk dengan menasihati orang lain, beraktiviti di dunia pengadilan, pengajaran, khutbah dan berbagai kedudukan ketua, namun sebenarnya mereka adalah para pengikut hawa nafsu. Mereka mengaku bahawa motivasi mereka untuk terjun ke dunia tersebut adalah panggilan agama dan keinginan untuk mendapatkan pahala, sementara persaingan mereka dalam hal tersebut sesuai dengan ajaran syariah. Ini adalah puncak kejahilan dan kebohongan.
Seorang penasihat yang sejati adalah orang yang menasihati orang lain semata-mata kerana Allah, bukan untuk mencari kedudukan, kehormatan, mahupun tempat di tengah-tengah masyarakat. Tujuannya adalah untuk menyeru manusia kepada jalan Allah. Tandanya adalah apabila ada seorang penasihat yang lebih baik kemampuan dibandingkan dirinya, menggantikan tugasnya sebagai penasihat, lebih alim dan kemampuan retorikanya lebih baik darinya, begitu juga penerimaan masyarakat terhadap orang tersebut lebih baik dibandingkan dengan penerimaan masyarakat terhadap dirinya, maka ia merasa bahagia dan bersyukur kepada Allah atas hadirnya orang tersebut yang dalam banyak hal lebih baik darinya. Baginya orang tersebut ibarat orang yang membantunya memerangi dan membunuh orang kafir kerana kemurtadannya. Ia ibarat petir yang menyambar dan membakar orang kafir tersebut, sehingga tamatlah riwayat orang kafir tersebut. Ia bersyukur kepada Allah atas kurniaNya memberinya seorang penolong, dan secara terus terang ia berkata: "Saya tahu bahawa saya bukanlah orang yang terbaik di antara kamu." Sebagaimana perkataan ini dikutip dari ucapan Abu Bakar Ash-Shiddiq R.A.
Mungkin anda bertanya: Apabila kami tidak menginginkan kepalsuan seperti ini dengan tipuan syaitan dan bergantung dengan tali kebohongan sebagaimana orang yang telah diceritakan di atas, maka bagaimana caranya membezakan antara dorongan akal dengan dorongan hawa nafsu?
Ketahuilah bahawa masalah ini sulit difahami dan tidak dapat dibahas secara tuntas kecuali dengan ilmu-ilmu hakikat. Kita tidak dapat menggunakan acuan ilmu biasa untuk dapat menyingkap dan memilah kebohongan dan kebenaran, sehingga sayugianya kita berlindung kepada-Nya ketika sedang mengalami kebingungan. Perlu diketahui bahawa akal dalam banyak hal mendorong kepada hal yang berakibat baik, meskipun terkadang di dalamnya terdapat banyak kesukaran dan kesulitan, sedangkan hawa nafsu seringkali mendorong kepada perkara-perkara yang menyenangkan dan menjauhi kesukaran. Oleh kerana itu apabila dua hal dihulurkan kepada anda sementara anda tidak tahu mana di antara keduanya yang benar, maka anda mesti memilih mana yang anda benci dan bukan sebaliknya mana yang anda sukai, kerana di dalam kebaikan seringkali terdapat perkara-perkara yang tidak kita sukai. Rasulullah S.A.W bersabda:
"Syurga dikelilingi oleh sesuatu yang dibenci, sementara neraka dikelilingi oleh sesuatu yang disenangi."
Firman Allah S.W.T maksudnya:
"Kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
(Surah an-Nisa': ayat 19)
Firman-Nya pula maksudnya:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu."
(Surah al-Baqarah: ayat 216)
Oleh kerana itu, hendaknya kita selalu waspada terhadap segala sesuatu yang mendorong kepada kesenangan dan ketenangan sesaat serta menghindari kesukaran sebab tidak jarang rasa cinta terhadap sesuatu dapat membuat kita buta dan tuli.
Kesimpulannya, untuk mengetahui apakah sesuatu merupakan dorongan akal, maka kita mesti meminta petunjuk kepada-Nya tentang hakikat hal tersebut, sehingga dada ini menjadi lapang dan mendapat petunjuk dari-Nya. Semua hal yang bersumber dari dorongan hawa nafsu hakikatnya adalah keburukan sekalipun terselubung oleh keindahan, sementara akal menunjukkan kebenaran dengan hujjah yang benar. Mabuk asmara terhadap seseorang misalnya, adalah sesuatu yang tidak baik, demikian pula terlalu menyukai suatu makanan. Rasa senang yang berlebihan terhadap sesuatu hakikatnya menyimpan keburukan yang dapat dilihat dengan jelas oleh akal kerana semua itu hanya kepalsuan belaka.
Singkatnya, untuk mengetahui hakikat ini tidak mungkin dapat dilakukan kecuali dengan nur Illahi dan pertolongan-Nya. Sebahagian ulama berkata: Apabila akal cenderung kepada perkara-perkara yang menyengsarakan dalam jangka pendek dan bermanfaat dalam jangka panjang, maka hawa nafsu cenderung sebaliknya, yakni perkara-perkara yang menyenangkan dalam jangka pendek, dan menyengsarakan dalam jangka panjang. Akal dan hawa nafsu saling mengerahkan kekuatannya untuk mengatur dan menguasai manusia. Cahaya Allah akan memenangkan pihak akal, sementara syaitan dan bala tenteranya akan mengupayakan kemenangan hawa nafsu. Keduanya saling berperang. Apabila peperangan itu dimenangkan oleh kelompok syaitan dan bala tenteranya, maka seseorang akan melupakan cahaya kebenaran,menukar kebahagiaan sejati dengan kebahagiaan sesaat dan terpedaya oleh kenikmatan dunia. Tetapi apabila pasukan Allah dan para wali-Nya yang menang, maka seseorang akan mendapat petunjuk dengan cahaya-Nya sehingga ia memandang hina terhadap dunia yang merupakan kenikmatan sesaat dan mencari kenikmatan abadi, yakni akhirat.
Allah S.W.T berfirman maksudnya:
"Allah pelindung orang-orang yang beriman, dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kafir) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya adalah syaitan yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan."
(Surah al-Baqarah: ayat 257)
Allah mengibaratkan akal sebagai pokok yang baik sedangkan hawa nafsu ibarat pokok yang buruk, seperti dalam firman-Nya maksudnya:
"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pokok yang baik."
(Surah Ibrahim: Ayat 24)
Ketika sedang berlaku pertempuran antara dua pasukan yakni pasukan Allah dengan pasukan syaitan, maka tidak ada jalan lain kecuali pertolongan kepada Allah dan berlindung kepada-Nya dari syaitan yang terkutuk, sebagaimana firman-Nya maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya."
(Surah al-A'raf: ayat 201)
Permasalahan: Apakah ada perbezaan antara hawa nafsu dengan syahwat?
Tidak ada perbezaan yang pasti, tetapi yang dimaksud dengan hawa nafsu yang tercela adalah yang berupa jumlah syahwat yang tidak terpuji. Syahwat yang terpuji termasuk perbuatan Allah dan dia merupakan kemampuan yang diciptakan di dalam diri manusia agar jiwa memancar keluar dengannya untuk mendapatkan sesuatu yang mengandungi kebaikan bagi tubuh. Sedangkan syahwat yang tercela berupa perilaku nafsu yang memerintahkan jiwa untuk melakukan keburukan yang memerintahkan jiwa untuk melakukan keburukan yang berupa kecintaan terhadap sesuatu yang mengandungi kenikmatan jasmani. Apabila syahwat berhasil menguasai jiwa, maka ia dinamakan hawa nafsu, sehingga ia akan leluasa memerintah fikiran untuk mengikuti keinginannya dan memperalatnya agar menghabiskan waktunya hanya untuk melaksanakan perintahnya. Fikiran berbolak-balik antara syahwat dan akal. Suatu saat fikiran melayani akal dan di saat lain melayani syahwat. Ketika fikiran condong ke arah akal, maka ia akan menjadi mulia, mulia dan melahirkan kebaikan, sebaliknya apabila condong ke arah syahwat, maka ia merosot ke darjat yang terendah dan melahirkan keburukan.

Sumber:
Al-Ghazali (2008) Menimbang Amal Meraih Kejayaan Akhirat (Terjemahan : Abu Qistina Abdullah, M.A.). Batu Caves, Selangor: Pustaka Ilmi .

No comments:
Post a Comment