Wednesday, March 3, 2021

Mas cotek




Daripada buku misteri keajaiban alam ciptaan tuhan Tumbuhan Penyembuh Penyakit oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Untuk rujukan internet👇

http://suria-organic.blogspot.com/p/mas-cotek.html?m=1 

Sunday, December 27, 2020

Latihan menghafal surah al bayyinah

 


Video latihan hafalan dirakam pada 21 Jun 2018.

Sabda baginda SAW: “Seorang yang lancar membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada ALLAH, adapun, yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)

Thursday, October 8, 2020

Cara masak tom yam ayam campur udang




Tomyam ayam campur udang:
a) Bahan-bahan perencah
1. Beberapa batang cili padi, 2, 3, atau 4 mengikut kadar sesuai.
2. Sepotong halia.
3. 3 biji bawang putih.
4. 2, 3 batang serai. 
5. Pes tom yam satu sudu besar atau lebih. 

b) Bahan-bahan masakan 
1. Ayam dipotong kecil-kecil. 
2. Udang
3. Sayur-sayuran seperti kobis, tomato, lobak,  dan sebagainya. 
4. Bawang besar 2, 3 biji dihiris. 
5. Beberapa helai daun limau purut. 
6. Garam secukup rasa. 

Cara-cara membuat:
1) Bahan-bahan perencah ditumbuk dan digaul bersama dengan ayam dan udang dan dijerang bersama air dalam periuk. Anggaran kuantiti 
air mengikut kadar sesuai dengan kuantiti ayam dan udang  dan banyak mana kuah  yang dikehendaki. 
2. Kemudian masukkan bahan-bahan masakan dan masak sehingga mendidih. 
3. Kemudian sedia untuk dihidang. 


Monday, September 14, 2020

Pantun berkaitan angan-angan

 

(Gambar dan pantun diambil dan dibuat pada 6 September 2020 yang lalu) 



Buah berangan di dalam kebun

Dikutip dan dimasak kemudian dimakan

Kalau kita asyik mengelamun

Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran

(Dihantar dalam blog ini pada 15 September 2020)

Friday, June 19, 2020

Terjemahan surah az zumar ayat 1 hingga 7


https://youtu.be/25b_WFLdiiEhttps://youtu.be/25b_WFLdiiE


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, 
[1]
Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[2]
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
[3]
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
[4]
Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Ia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya; Maha Sucilah Ia (dari menghendaki yang demikian). Dia lah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya.
[5]
Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
[6]
Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?
[7]
Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

BERKAITAN AYAT 2 DALAM TERJEMAHAN DI ATAS MENGENAI TULUS IKHLAS BERAGAMA KEPADA ALLAH S. W. T. :

*Perempuan ikhlas dimuliakan Allah:

Imam Bukhari meriwayatkan hadis yang berkaitan dengan seorang perempuan solehah yang bekerja sebagai pembersih masjid, menghambakan dirinya di masjid, dan ikhlas kerana Allah S. W. T. Daripada Abu Hurairah r. a, dia berkata, "Sesungguhnya ada seorang lelaki yang berkulit hitam atau perempuan yang berkulit hitam. Dia bekerja membersihkan masjid. Kemudian dia meninggal dunia. Lalu Rasulullah SAW menanyakan perempuan itu kepada para sahabat. Para sahabat r. a menjawab," Wahai Rasulullah, dia sudah meninggal dunia." Rasulullah SAW berkata, "Mahukah kamu menunjukkan kuburnya kepada saya?" Lalu Rasulullah SAW menziarahinya dan mendoakannya. 
Sebenarnya dalam hadis itu ada keraguan, apakah yang bekerja membersihkan masjid itu lelaki atau perempuan. Imam al Baihaqi meriwayatkan bahawa dia iaitu seorang perempuan yang bernama Ummu Mihjan, sedangkan yang menjawab soalan Nabi SAW iaitu Abu Bakar. Sedangkan Ibnu Mindah mengatakan bahawa perempuan itu bernama Kharqa. Ibnu Hibban pun mengatakan perkara yang sama. Nama panggilan perempuan itu iaitu Ummu Mihjan. Ada beberapa maklumat mengenai pekerjaan perempuan itu. Ada yang mengatakan bahawa ia membersihkan najis, daun, dan yang lainnya. Kerana pekerjaannya membersihkan masjid, orang-orang menganggapnya remeh dan hina. Ketika perempuan itu meninggal dunia pada malam hari, orang-orang tidak memberitahu perkara itu kepada Nabi SAW. Mereka berdalih, "Kami tidak mahu membangunkan engkau." Imam Muslim menambahkan bahawa kubur perempuan ini di tempat yang gelap, lalu menjadi terang berderang dengan doa Nabi SAW untuknya dan semuanya menjadi terang berderang. 
Hadis tersebut menunjukkan anjuran untuk membersihkan masjid. Hadis ini juga menunjukkan anjuran untuk mendoakan mayat, datang kepada jenazah orang yang baik, mendoakan mayat di kuburnya dan menyiarkan kematian. 
Wallahualam.