https://www.youtube.com/watch?v=LU6nnIIcCf0
Antara replika yang pertama sekali saya tuju ketika berkunjung ke Taman Tamadun Islam semalam (24 Mac 2019). Walaupun ini bukan kali yang pertama saya datang ke sini, tetapi kali yang ketiga tapi saya masih lagi tak jemu untuk datang ke sini. Sempena cuti sekolah ni, kelihatan ramai pengunjung yang datang ke sini. Walaupun banyak lagi replika masjid dari seluruh dunia yang dibina ditaman ini tetapi saya suka memilih replika masjid ini kerana disini disediakan banyak pameran serta kemudahan tayangan gambar video berkenaan masjid ini. Disamping itu, terdapat juga replika batu yang yang terdapat di masjid as sakhrah yang hampir sama seperti batu pada peristiwa israk mikraj. Walaupun ianya hanya replika tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi gambaran kepada keadaan masjid yang sebenar untuk kita yang tak mampu dan berpeluang pergi ke sana. Ianya juga merupakan salah satu bentuk pendidikan tidak formal kepada kita berkenaan fakta dan sejarah yang terdapat pada masjid ini disamping dapat meningkatkan keinsafan dan kesedaran kepada kita mengenai keadaan disana.
No comments:
Post a Comment