Monday, March 25, 2019
Sekitar replika masjid as sakhrah
https://www.youtube.com/watch?v=LU6nnIIcCf0
Antara replika yang pertama sekali saya tuju ketika berkunjung ke Taman Tamadun Islam semalam (24 Mac 2019). Walaupun ini bukan kali yang pertama saya datang ke sini, tetapi kali yang ketiga tapi saya masih lagi tak jemu untuk datang ke sini. Sempena cuti sekolah ni, kelihatan ramai pengunjung yang datang ke sini. Walaupun banyak lagi replika masjid dari seluruh dunia yang dibina ditaman ini tetapi saya suka memilih replika masjid ini kerana disini disediakan banyak pameran serta kemudahan tayangan gambar video berkenaan masjid ini. Disamping itu, terdapat juga replika batu yang yang terdapat di masjid as sakhrah yang hampir sama seperti batu pada peristiwa israk mikraj. Walaupun ianya hanya replika tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi gambaran kepada keadaan masjid yang sebenar untuk kita yang tak mampu dan berpeluang pergi ke sana. Ianya juga merupakan salah satu bentuk pendidikan tidak formal kepada kita berkenaan fakta dan sejarah yang terdapat pada masjid ini disamping dapat meningkatkan keinsafan dan kesedaran kepada kita mengenai keadaan disana.

Saturday, March 23, 2019
Program amalan bubur assyura
Gambar diambil ketika program sambutan hari assyura di Sekolah Kebangsaan Tok Dir, Terengganu pada 8 Oktober 2018.
Ketika program dilaksanakan, bahan-bahan yang digunakan untuk memasak bubur asyura tidak semestinya sama seperti yang disebut di dalam riwayat, ini kerana ianya bergantung kepada bahan-bahan makanan yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Walaubagaimanapun untuk menyediakan bubur assyura yang sama seperti yang terdapat dalam riwayat dan kitab yang dirujuk itu bergantung kepada kemampuan keperluan bahan yang ada dalam melaksanakan program seperti ini. Namun demikian, program seperti ini memang elok untuk dianjurkan dan diamalkan kerana ianya boleh dijadikan sebagai salah satu bentuk pendidikan kepada murid-murid sekolah rendah dalam menginsafi setiap peristiwa yang berlaku ketika zaman nabi dan rasul disamping dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara satu sama lain serta mendapat ganjaran pahala jika ikhlas dalam amalan bergotong royong beramai-ramai, bersedekah dan memberi makan kepada orang. Wallahualam. Oleh kerana ramai dikalangan masyarakat Melayu Islam sering melakukan amalan membuat bubur assyura dalam program-program kemasyarakatan sehingga kini, berikut disenaraikan beberapa fakta yang dapat dikaitkan dengan amalan membuat bubur asyura ini:
Ibnu Abbas berkata:
“Ketika Rasulullah saw tiba di Madinah, baginda dapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘Asyura. Kemudian Rasulullah bertanya (kepada mereka) : “Hari yang kamu berpuasa ini ialah hari apa?”
Orang-orang Yahudi itu menjawab : “Ini ialah hari yang sangat mulia. Ini ialah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini kerana bersyukur, maka kami pun mengikutinya berpuasa pada hari ini.”
Rasulullah saw lantar berkata (kepada para sahabat) : “Kita sepatutnya lebih berhak dan lebih utama mencontohi Musa daripada mereka.”
Lalu setelah itu Rasulullah memerintahkan kaum Muslimin berpuasa.
(Muslim)
(Muslim)
Ketika Rasulullah saw berpuasa pada Hari Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah ia adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani?”
Lalu baginda bersabda: “Tahun akan datang, dengan kehendak Allah, kita (akan) berpuasa pada hari kesembilan (sehari sebelum Asyura).”
Berkata Ibnu Abbas : “Belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah saw telah diwafatkan.”
(Muslim)
(Muslim)
“Jika aku masih hidup pada tahun depan, sungguh aku akan melaksanakan puasa pada hari ke-9.”
(Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani dan lain-lain)
(Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani dan lain-lain)
Hari ‘Asyura jatuh pada 10 Muharram. Nabi Muhammad dan para sahabat pernah berpuasa pada 10 Muharram itu. Namun Rasulullah juga bercadang untuk berpuasa pada 9 Muharram, cuma baginda tidak sempat melaksanakannya kerana wafat.
“Berpuasalah pada Hari ‘Asyura, tapi lakukan berlainan dengan kaum Yahudi, iaitu dengan berpuasa pada hari sebelumnya atau pun hari selepasnya.”
(Ahmad & Ibnu Khuzaimah)
(Ahmad & Ibnu Khuzaimah)
ASAL-USUL BUBUR ‘ASYURA MASYARAKAT MELAYU
Disebutkan dalam kitab:
1. Nihayatuz Zain (Syeikh Nawawi Banten ms 96)
2. Nuzhatul Majalis (Syeikh Abdul Rahman Al-Usfuri ms 172)
3. Jam’ul Fawaid ( Syeikh Daud al-Fatani ms 132)
1. Nihayatuz Zain (Syeikh Nawawi Banten ms 96)
2. Nuzhatul Majalis (Syeikh Abdul Rahman Al-Usfuri ms 172)
3. Jam’ul Fawaid ( Syeikh Daud al-Fatani ms 132)
… bahawa ketika bahtera Nabi Nuh berlabuh di Bukit Judi, baginda menyuruh kaumnya mengumpullkan barang makanan yang ada. Antara bahan yang dapat dikumpulkan ialah kacang baqila’/ kacang ful, kacang adas, ba’ruz , tepung , kacang hinthoh dan lain-lain. Semuanya ada tujuh jenis bijian lalu dimasak.
Dalam syair Imam Ibnu Hajar al-Asqalani pula dinyatakan:
“Pada Hari ‘Asyura ada 7 yang dimakan iaitu gandum (tepung), beras, kemudian kacang mash (kacang kuda), dan kacang adas (kacang dal). Dan kacang himmash (kacang putih), dan kacang lubia (sejenis kacang panjang) dan kacang ful.”
Subscribe to:
Posts (Atom)