(surah An-Nisa: ayat 19
dan Surah As-Syura: ayat 38)
Dan kita telah sedia maklum berapa banyak kes-kes jenayah, zina, segala benda haram lain yang berlaku bukan sahaja dilakukan oleh orang biasa saja malah ada golongan profesional, liberal, intelektual serta yang berperawakan ulama, ustaz/ustazah turut tidak terlepas daripada membuat kesalahan sebegini. Golongan ini walaupun nampak seperti terpelajar, banyak ilmu dan cerdik tetapi apabila eosi dan nafsu menguasai diri, cerdik macam mana sekali pun dia akan jadi bodoh. Itulah bahayanya pengaruh nafsu dan emosi ini.
Jadi, bagaimana Allah mahu memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita selagi sifat ego, prejudis dan takbur ini tertanam dalam hati kita. Memang benar, kita ada akal dan mungkin kita fikir dek kerana banyaknya ilmu kita sehingga kita sentiasa membuat kenyataan yang kita rasakan relevan tanpa kita sedar bahawa kenyataan kita yang kita sangkakan relevan dan rasional itu sebenarnya dipengaruhi oleh emosi kita. Dan harus diingat bahawa apabila perasaan benci dan emosional yang meluap-luap ada dalam hati kita, segala-gala yang tak logik, tak relevan, dan tak rasional itu kita akan rasakan relevan, logik dan rasional. sehingga sanggup memutarbelitkan makna dan kandungan Al-Qur'an sehingga lari dari maksud asalnya hanya kerana kepentingan tertentu yang tidak sepatutnya. Sebab itulah kita harus sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita ucapkan, dakwakan, hukumkan, dan perbuatkan kerana semua itu akan ditanya oleh Allah di padang mahsyar kelak. Kalau kita sudah sedar dan terlanjur, kita haruslah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.
Kenapa kita harus merasa malu untuk meminta maaf dan mengaku salah jika terbukti itu kesalahan kita sedangkan ianya sedikitpun tidak menjatuhkan maruah dan martabat kita sebagai seorang manusia kerana tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia.ini kecuali kalau kesalahan itu terlalu besar dan sangat memudaratkan. Tak perlulah kita perdebatkan siapa yang perlu dipersalahkan kerana ia hanya menambahkan rasa sakit hati kedua-dua belah pihak dan menambahkan dosa kerana menyakiti hati orang lain. Yang penting ialah bagaimana kita harus perbetulkan ana yang salah dan berusaha sedaya upaya memberi sumbangan setakat mana yang mampu kepada orang lain yang memerlukan dengan seikhlas hati. Tapi jangan pula kita fikir kita telah memberi banyak sumbangan, kita terlalu mengharapkan balasan dalam bentuk wang, kuasa, pangkat, pengaruh, harta dan sebagainya sedangkan tidak ada benda yang kekal dalam dunia kecuali amal ibadat kita. Apapun balasan yang kita dapat atas sumbangan yang kita buat tak kira dalam bentuk apa pun samada baik atau buruk, terimalah ia dengan hati yang redha kerana sesungguhnya Allah Maha Adil dalam memberi balasan yang setimpal kepada hamba-hambaNya samada balasan itu kita dapati semasa di dunia mahupun di akhirat. Allah tidak akan sesekali memungkiri janjiNya
No comments:
Post a Comment