Monday, October 1, 2018

Antara Pameran Berkaitan Rasulullah S.A.W di Terengganu Trade Centre





                                                   Capal Baginda Rasulullah S.A.W.





                                       Kiswah Pintu Kaabah







                       



















Pameran berlangsung bermula 23 September 2018 hingga 23 Oktober 2018 (gambar diambil pada 23 September 2018 yang lalu).

Friday, June 8, 2018

Al-Qur'an Dan Sunnah Dalam Mengawal Nafsu Dan Emosi

Sejak akhir-akhir ni, semakin ramai orang yang berlumba-lumba berbicara mengenai agama sambil menggunakan   Al-Qur'an dan Sunnah sebagai rujukan. Namun kita harus ingat, kita tidak boleh dengan mudah menukar-nukar makna-makna ayat-ayat Allah dalam Al-Qur'an dan Sunnah dengan sewenang-wenangnya untuk menjatuhkan orang-orang yang kita benci sesama muslim dan mukmin hanya kerana perbezaan pendapat, ideologi, fahaman politik, budaya dan latarbelakang yang berbeza sedangkan perkara mengenai halal atau haram, dosa atau pahala, betul atau salah, baik atau buruk, sudah memang ditetapkan oleh Allah dengan sejelas-jelasnya dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Janganlah kita merumitkan lagi pemahaman kita terhadap kandungan Al-Qur'an dan Sunnah itu demi kepentingan tertentu kerana tidak ada sesiapapun yang lebih memahami dengan sedalam-dalamnya makna ayat-ayat Al-Qur'an itu selain daripada Allah sendiri dan Allah Maha Berkuasa untuk memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada hamba-hamba yang dikehendakiNya dan kita sebagai orang-orang awam biasa sepatutnya menyerahkan kepada orang-orang yang telah dilantik secara sah dan yang benar-benar pakar sahaja dalam bidang agama ini termasuk dalam bidang Al-Qur'an dan Sunnah dalam menetapkan sesuatu hukum supaya tidak timbul kekeliruan dalam mentafsirkan sesuatu perkara sehingga sanggup membuat dakwaan dan tuduhan melulu terhadap seseorang yang kita benci hanya kerana terlalu ikutkan rasa ego dan prejudis kita terhadap orang yang berbeza fahaman dan ideologi dengan kita kerana sifat-sifat inilah yang akan menghalang petunjuk Allah sampai kepada kita.

(surah An-Nisa: ayat 19


A019 Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). 



dan Surah As-Syura: ayat 38)


A038 Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; 



Dan kita telah sedia maklum berapa banyak kes-kes jenayah, zina, segala benda haram lain yang berlaku bukan sahaja dilakukan oleh orang biasa saja malah ada golongan profesional, liberal, intelektual serta yang berperawakan ulama, ustaz/ustazah turut tidak terlepas daripada membuat kesalahan sebegini. Golongan ini walaupun nampak seperti terpelajar, banyak ilmu dan cerdik tetapi apabila eosi dan nafsu menguasai diri, cerdik macam mana sekali pun dia akan jadi bodoh. Itulah bahayanya pengaruh nafsu dan emosi ini.  

Jadi, bagaimana Allah mahu memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita selagi sifat ego, prejudis dan takbur ini tertanam dalam hati kita. Memang benar, kita ada akal dan mungkin kita fikir dek kerana banyaknya ilmu kita sehingga kita sentiasa membuat kenyataan yang kita rasakan relevan tanpa kita sedar bahawa kenyataan kita yang  kita sangkakan relevan dan rasional itu sebenarnya dipengaruhi oleh emosi kita. Dan harus diingat bahawa apabila perasaan benci dan emosional yang meluap-luap ada dalam hati kita, segala-gala yang tak logik, tak relevan, dan tak rasional itu kita akan rasakan relevan, logik dan rasional. sehingga sanggup memutarbelitkan makna dan kandungan Al-Qur'an sehingga lari dari maksud asalnya hanya kerana kepentingan tertentu yang tidak sepatutnya. Sebab itulah kita harus sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita ucapkan, dakwakan, hukumkan, dan perbuatkan kerana semua itu akan ditanya oleh Allah di padang mahsyar kelak. Kalau kita sudah sedar dan terlanjur, kita haruslah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.



Kenapa kita harus merasa malu untuk meminta maaf dan mengaku salah jika terbukti itu kesalahan kita sedangkan ianya sedikitpun tidak menjatuhkan maruah dan martabat kita sebagai seorang manusia  kerana tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia.ini kecuali kalau kesalahan itu terlalu besar dan sangat memudaratkan. Tak perlulah kita perdebatkan siapa yang perlu dipersalahkan kerana ia hanya menambahkan rasa sakit hati kedua-dua belah pihak dan menambahkan dosa kerana menyakiti hati orang lain. Yang penting ialah bagaimana kita harus perbetulkan ana yang salah dan berusaha sedaya upaya memberi sumbangan setakat mana yang mampu kepada orang lain yang memerlukan dengan seikhlas hati. Tapi jangan pula kita fikir kita telah memberi banyak sumbangan, kita terlalu mengharapkan balasan dalam bentuk wang, kuasa, pangkat, pengaruh, harta dan sebagainya sedangkan tidak ada benda yang kekal dalam dunia kecuali amal ibadat kita. Apapun balasan yang kita dapat atas sumbangan yang kita buat tak kira dalam bentuk apa pun samada baik atau buruk, terimalah ia dengan hati yang redha kerana sesungguhnya Allah Maha Adil dalam memberi balasan yang setimpal kepada hamba-hambaNya samada balasan itu kita dapati semasa di dunia mahupun di akhirat. Allah tidak akan sesekali memungkiri janjiNya
  

Tuesday, May 22, 2018

Aktiviti berkumpulan di dalam kelas sekolah rendah





                 (Aktiviti kelas yang dilakukan pada 7/5/2018-Isnin yang lalu)

Antara hasil-hasil kreativiti yang dihasilkan oleh murid-murid 3 Nilam SK Tok Dir tahun ini (2018) ketika sesi pembelajaran kelas KAFA pada waktu petang.
Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk membuat catatan nota berkaitan 4 kitab berserta nabi-nabinya juga sedikit penerangan mengenai kitab-kitab dan nabi-nabi dalam Islam berpandukan buku-buku rujukan yang disediakan oleh guru yang mengajar di dalam kelas ketika itu. Setiap kumpulan diberi sehelai kertas untuk sama-sama menyiapkan kerja berkumpulan masing-masing. Tempoh masa yang diberi tidak terhad iaitu mengikut tempoh kelas kafa yang berjalan pada waktu petang seperti biasa. Nama ahli-ahli kumpulan turut ditulis pada kertas yang diedarkan. Jumlah bintang diberi berdasarkan kepantasan setiap kumpulan menyiapkan kerja tersebut. Kumpulan paling awal siap diberi 4 bintang, yang kedua siap diberi 3 bintang, yang ketiga siap diberi 2 bintang, dan yang terakhir siap diberi 1 bintang. Bintang-bintang ini ditulis pada kertas yang disiapkan dan ditampal pada dinding di belakang kelas bergantung pada ruang dinding kelas yang masih ada. Ini bagi memberi semangat kepada murid-murid untuk lebih tekun belajar bersama-sama dalam satu kelas jika melihat hasil kerja masing-masing. Namun, jika terdapat aktiviti lain yang memerlukan ruang untuk menampal di dinding belakang kelas dalam aktiviti yang lain, ianya akan diganti dengan hasil-hasil kerja-kerja murid yang lain pula selepas ini. Bergantung kepada penglibatan murid-murid di dalam kelas.

Thursday, May 17, 2018

Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Tok Dir 2018
























Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2018 ialah aktiviti sukaneka, pertukaran hadiah antara guru-guru dan murid-murid, serta penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam acara-acara yang dipertandingkan. Persembahan-persembahan istimewa dikalangan guru-guru sekolah turut diadakan. Murid-murid secara keseluruhannya kelihatan ceria dengan sambutan yang agak meriah pada tahun ini. Alhamdulillah.



Friday, April 13, 2018

Majlis Pertukaran guru dan sambutan ulangtahun kelahiran SK Tok Dir








Majlis Yang berlansung di Sumai Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu pada 5 mac 2018.

Program Guru Kafa ke Kenyir









Antara tempat yang dilawati ketika program di bawah Yayasan Islam Terengganu ini adalah taman orkid, taman herba disamping menikmati keindahan alam semulajadi Tasik Kenyir, Terengganu pada 14 febuari yang lalu.