Majlis menyambut hari raya aidilfitri yang diiringi persembahan murid
Alhamdulillah, raya pertama tahun ini, dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga, adik beradik, ipar duai dan anak-anak saudara yang tercinta. Salam aidilfitri. Maaf zahir batin.
Bergambar kenangan ketika lawatan bersama teman sekerja di Langkawi pada pertengahan September 2023.
Terima kasih atas jasa dan sumbangan kak yah sepanjang berkhidmat di sk tok dir. Hubungan ini tetap kekal walaupun sudah bersara, in sha Allah. Minta maaf jika hadiah kain tudung sabella bercorak sempena merdeka dilihat tidak seberapa. Namun hadiah tersebut ikhlas dari saya. Moga Allah panjangkan usia kak yah dengan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah. Amin.
Sepi di lubang yang sempit
Dengan penyesalan yang tidak bertepi
Merintih meraung meminta tolong
Namun suasana sekitarnya tetap seperti itu
Walau dengan iringan harapan yang tinggi
Namun harapan hanya tinggal harapan
Disanalah kehidupan baru yang bakal dihuni
Dihuni dengan ketenangan bagi yang cukup persediaan buatnya
Namun sebaliknya bagi yang inginkan kesenangan sementara
Semoga kita mampu menghadapinya
Alam baru diruang yang sempit itu
(dikarang pada tarikh 27/7/2023)