Tuesday, May 22, 2018

Aktiviti berkumpulan di dalam kelas sekolah rendah





                 (Aktiviti kelas yang dilakukan pada 7/5/2018-Isnin yang lalu)

Antara hasil-hasil kreativiti yang dihasilkan oleh murid-murid 3 Nilam SK Tok Dir tahun ini (2018) ketika sesi pembelajaran kelas KAFA pada waktu petang.
Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk membuat catatan nota berkaitan 4 kitab berserta nabi-nabinya juga sedikit penerangan mengenai kitab-kitab dan nabi-nabi dalam Islam berpandukan buku-buku rujukan yang disediakan oleh guru yang mengajar di dalam kelas ketika itu. Setiap kumpulan diberi sehelai kertas untuk sama-sama menyiapkan kerja berkumpulan masing-masing. Tempoh masa yang diberi tidak terhad iaitu mengikut tempoh kelas kafa yang berjalan pada waktu petang seperti biasa. Nama ahli-ahli kumpulan turut ditulis pada kertas yang diedarkan. Jumlah bintang diberi berdasarkan kepantasan setiap kumpulan menyiapkan kerja tersebut. Kumpulan paling awal siap diberi 4 bintang, yang kedua siap diberi 3 bintang, yang ketiga siap diberi 2 bintang, dan yang terakhir siap diberi 1 bintang. Bintang-bintang ini ditulis pada kertas yang disiapkan dan ditampal pada dinding di belakang kelas bergantung pada ruang dinding kelas yang masih ada. Ini bagi memberi semangat kepada murid-murid untuk lebih tekun belajar bersama-sama dalam satu kelas jika melihat hasil kerja masing-masing. Namun, jika terdapat aktiviti lain yang memerlukan ruang untuk menampal di dinding belakang kelas dalam aktiviti yang lain, ianya akan diganti dengan hasil-hasil kerja-kerja murid yang lain pula selepas ini. Bergantung kepada penglibatan murid-murid di dalam kelas.

Thursday, May 17, 2018

Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Tok Dir 2018
























Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2018 ialah aktiviti sukaneka, pertukaran hadiah antara guru-guru dan murid-murid, serta penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam acara-acara yang dipertandingkan. Persembahan-persembahan istimewa dikalangan guru-guru sekolah turut diadakan. Murid-murid secara keseluruhannya kelihatan ceria dengan sambutan yang agak meriah pada tahun ini. Alhamdulillah.



Friday, April 13, 2018

Majlis Pertukaran guru dan sambutan ulangtahun kelahiran SK Tok Dir








Majlis Yang berlansung di Sumai Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu pada 5 mac 2018.

Program Guru Kafa ke Kenyir









Antara tempat yang dilawati ketika program di bawah Yayasan Islam Terengganu ini adalah taman orkid, taman herba disamping menikmati keindahan alam semulajadi Tasik Kenyir, Terengganu pada 14 febuari yang lalu.

Thursday, April 12, 2018

Program TN50 belia Kg. Undang












https://www.youtube.com/watch?v=ekXvqRSwPkY


https://www.youtube.com/watch?v=ekXvqRSwPkY

Antara gambar-gambar dan video yang diambil dengan pelbagai aktiviti dan acara yang dilakukan sepanjang berlansungnya program selama 2, 3 hari Merang Resort, Terengganu pada 8-10 febuari 2018

Friday, December 29, 2017

Batu everest






Gambar batu everest yang ditemui oleh pendaki gunung Everest dari Malaysia antara yang menjadi tarikan di pameran Terengganu Nelang di Muzium yang bermula 9 Julai dan berakhir 31 Disember tahun 2017.