Antara hasil-hasil kreativiti yang dihasilkan oleh murid-murid 3 Nilam SK Tok Dir tahun ini (2018) ketika sesi pembelajaran kelas KAFA pada waktu petang.
Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk membuat catatan nota berkaitan 4 kitab berserta nabi-nabinya juga sedikit penerangan mengenai kitab-kitab dan nabi-nabi dalam Islam berpandukan buku-buku rujukan yang disediakan oleh guru yang mengajar di dalam kelas ketika itu. Setiap kumpulan diberi sehelai kertas untuk sama-sama menyiapkan kerja berkumpulan masing-masing. Tempoh masa yang diberi tidak terhad iaitu mengikut tempoh kelas kafa yang berjalan pada waktu petang seperti biasa. Nama ahli-ahli kumpulan turut ditulis pada kertas yang diedarkan. Jumlah bintang diberi berdasarkan kepantasan setiap kumpulan menyiapkan kerja tersebut. Kumpulan paling awal siap diberi 4 bintang, yang kedua siap diberi 3 bintang, yang ketiga siap diberi 2 bintang, dan yang terakhir siap diberi 1 bintang. Bintang-bintang ini ditulis pada kertas yang disiapkan dan ditampal pada dinding di belakang kelas bergantung pada ruang dinding kelas yang masih ada. Ini bagi memberi semangat kepada murid-murid untuk lebih tekun belajar bersama-sama dalam satu kelas jika melihat hasil kerja masing-masing. Namun, jika terdapat aktiviti lain yang memerlukan ruang untuk menampal di dinding belakang kelas dalam aktiviti yang lain, ianya akan diganti dengan hasil-hasil kerja-kerja murid yang lain pula selepas ini. Bergantung kepada penglibatan murid-murid di dalam kelas.